Posts

Showing posts from January, 2014

~ Catatan Untuk Diri ~

Sahabat, Bila sebut sahaja tentang perkataan tersebut, secara sinonimnya kita akan merujuk kepada seseorang yang selalu bersama dengan kita setiap masa, setiap hari malahan setiap tempat yang kita akan kunjungi. Dalam pada itu juga kita akan melafazkan kepada sesiapa yang bertanya akan makna perkataan tersebut, tidak akan lari daripada melibatkan seseorang yang kian hari bersama dalam kehidupan seharian kita. Namun demikian, pernahkah kita terfikir akan sekiranya dalam suatu masa kita hanya keseorangan tanpa ada sesiapa disisi kita malahan ahli keluarga kita pun ada masa tertentu sahaja akan dapat meluangkan masa bersama kita. Akankah situasi seperti ini akan terjadi dalam kehidupan kita. Sudah tentu kita akan merasakan sesuatu yang begitu tragis dalam jiwa kita sekiranya ia berlaku kepada kita. Tetapi, bagi kita yang memiliki semuanya, perkara tersebut begitu payah untuk kita terbitkan dalam kotak fikiran kita. Apa yang kita selalu zahirkan adalah, airmata yang kita alirkan ketika m...